Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

zakat

Asas Pengiraan

Kaedah 1

Jumlah pendapatan kasar dari semua sumber dalam setahun didarab dengan 2.5%

Kaedah 2

Jumlah pendapatan dari semua sumber dalam setahun ditolak dengan perbelanjaan asasi setahun didarab dengan 2.5%

Kaedah 3

Jumlah pendapatan dari semua sumber dalam setahun ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan oleh syarak didarab dengan 2.5%

 

CONTOH PENGIRAAN

KAEDAH 1

Pendapatan kasar setahun X 2.5% (tanpa tolakan)

a)        Pendapatan Kasar                         RM 2,500 X 12 Bulan                  = RM 30,000

b)        Amaun Zakat Wajib Dikeluarkan     RM 30,000 X 2.5%               = RM 750.00

Potongan zakat bulanan (PZB)                 RM 750 / 12 Bulan                  = RM 62.50

KAEDAH 2

Pendapatan kasar setahun tolak perbelanjaan asasi setahun.

a)        Pendapatan kasar setahun             RM 2,500 X 12 Bulan                  = RM 30,000

b)        Perbelanjaan asasi setahun

Diri                   RM   8,000

Isteri                 RM   3,000

Anak 2 orang     RM   2,000

JUMLAH            RM 13,000 = RM 13,000

 

c)         Amaun wajib zakat (A tolak B)                                                            = RM 17,000

d)        Amaun zakat wajib dikeluarkan                  RM 17,000 X 2.5%      = RM 425.00

Potongan zakat bulanan (PZB)                 RM 425 / 12 Bulan                   = RM 35.50

 

KAEDAH 3

Pendapatan kasar setahun tolak perbelanjaan yang dibenarkan (syarak) setahun.

Pendapatan kasar setahun                      RM 2,500 X 12 Bulan                 = RM 30,000

Perbelanjaan yang dibenarkan setahun                                                       = RM 20,000

Amaun wajib zakat (A tolak B)                                                                      = RM 10,000

Amaun wajib zakat dikeluarkan                                                                   = RM 250.00

 

Potongan zakat bulanan (PZB)                 RM 250 / 12 Bulan              = RM 20.85

* Penolakan dibenarkan Syarak  (Dhururiyat )  :

  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pengangkutan
  • Pakaian
  • Perubatan
  • Pendidikan

REBET : Tolakan terus Potongan Cukai Berjadual (PCB) dengan bayaran zakat melalui potongan gaji secara bulan (PZB) mulai tahun 2001.

 

sumber : Pusat Zakat Pahang

Bacaan Lain : Lembaga Zakat Selangor

One Response to Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

  1. [...] Lain : Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan Posted in: Info   Tags: payroll, [...]

Leave a Reply